eSign: Polisi Hebat Realtors 2026


Header

POLISI SYARIKAT HEBAT REALTORS SDN. BHD.

VER. 26 JAN 2026

 Pengenalan

Dokumen Polisi Syarikat ini disediakan bagi memperjelas hak, tanggungjawab, peraturan dan tatacara kerja yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan Hebat Realtors Sdn. Bhd., tanpa mengira jawatan, status perkhidmatan atau tempoh bekerja. Ia merupakan garis panduan rasmi yang menjadi rujukan harian dalam memastikan suasana kerja yang profesional, selamat, harmoni dan mematuhi undang-undang buruh di Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955 dan peraturan berkaitan.

Sebagai sebuah agensi hartanah yang komited kepada integriti dan kecemerlangan, Hebat Realtors percaya bahawa kejayaan syarikat adalah berasaskan disiplin, kejelasan peranan, serta kerjasama yang kukuh di antara majikan dan pekerja. Oleh itu, setiap polisi yang digariskan dalam dokumen ini diwujudkan bagi menyokong pertumbuhan kerjaya, menjamin keadilan dalam pengurusan sumber manusia, serta melindungi kepentingan semua pihak – termasuk syarikat, pekerja, pelanggan dan rakan niaga.

Polisi ini juga merangkumi prinsip-prinsip penting seperti kerahsiaan maklumat (non-disclosure), larangan mempengaruhi kakitangan selepas berhenti kerja (non-solicitation), serta etika tingkah laku profesional. Setiap pekerja adalah diwajibkan untuk membaca, memahami dan mematuhi kandungan polisi ini sepanjang tempoh perkhidmatan mereka bersama Hebat Realtors.

 

  1. Maklumat Syarikat
  • Nama Syarikat: Hebat Realtors Sdn. Bhd.
  • Nombor Pendaftaran SSM: 1258158T / 201701043985
  • Alamat Pejabat: 32-2A, Jalan UP 1/7, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor
  • Peranan Utama: Agensi Perundingan Hartanah berdaftar di Malaysia
  • Pematuhan: Akta Kerja 1955, Akta KWSP 1991, Akta Keselamatan Sosial 1969, Akta Cukai Pendapatan, dan garis panduan LPPEH (jika terlibat)
  • TIN: C 26234743010
  • SST: W24-2505-32100012
  • MCIS: 68201 Activities of real estate agents and brokers for buying, selling and renting of real estate

  

  1. Skop Polisi Ini

Polisi ini terpakai kepada semua kategori pekerja termasuk:

  • Pekerja sepenuh masa
  • Pekerja separuh masa
  • Pekerja kontrak
  • Interns/Pekerja Latihan Industri
  • Pekerja dalam tempoh percubaan (probation)

Kontraktor bebas/REN (real estate negotiator) berstatus ejen bebas, terma khusus hendaklah melalui perjanjian berasingan dan tidak tertakluk sebagai pekerja kecuali dinyatakan sebaliknya

  1. Tempoh Percubaan
  • Tempoh percubaan adalah antara 3 hingga 6 bulan.
  • Penilaian prestasi akan dilakukan oleh pihak pengurusan.
  • Penamatan boleh dibuat dengan notis satu hari bekerja semasa tempoh ini.
  1. Waktu Bekerja & Kehadiran
  • Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 6.00 petang
  • Waktu rehat: 1.00 tengah hari – 2.00 petang
  • Sabtu/Ahad & Cuti Umum: Cuti, kecuali jika diarahkan untuk tugasan rasmi; bayaran/ganjaran mengikut polisi syarikat/undang-undang terpakai.
  • Permohonan Aturan Kerja Fleksibel (AKF/FWA): pekerja boleh memohon variasi jam/hari/tempat kerja secara bertulis; majikan wajib memberi keputusan bertulis dalam 60 hari (jika tolak, nyatakan alasan).
  • Kelewatan / ketidakhadiran tanpa makluman boleh dikenakan tindakan disiplin.
  1. Cuti & Faedah Undang-Undang

5.1 Cuti Tahunan

Tempoh Perkhidmatan

Hari Cuti

< 2 tahun

8 hari

2–5 tahun

12 hari

> 5 tahun

16 hari

 5.2 Cuti Sakit (Bersijil)

Perkhidmatan

MC

Hospitalisasi

< 2 tahun

14 hari

60 hari

2–5 tahun

18 hari

60 hari

> 5 tahun

22 hari

60 hari

5.3 Cuti Lain

  • Cuti Umum Berbayar: 11 hari
  • Cuti Tanpa Gaji: Atas kelulusan bertulis majikan
  • Cuti Bersalin dan cuti lain mengikut undang-undang semasa
  1. Gaji, Potongan & Tuntutan
  • Gaji dibayar selewat-lewatnya 7 haribulan setiap bulan
  • Potongan sah: KWSP, PERKESO, EIS, PCB/cukai pendapatan dan lain-lain yang dibenarkan undang-undang.
  • Tuntutan rasmi perlu dihantar dalam masa 7 hari bekerja
  1. Faedah Tambahan (Jika Diperuntukkan)
  • Elaun tetap / telefon / kehadiran / pengangkutan
  • Insentif prestasi bulanan / suku tahun (jika layak)
  • Latihan, coaching dan pembelajaran berterusan
  1. Kod Etika & Disiplin Pekerja
  2. Tanggungjawab Umum
  • Mematuhi undang-undang, dasar syarikat, dan arahan kerja yang sah.
  • Sentiasa menunjukkan komitmen, disiplin, dan integriti dalam menjalankan tugas.
  • Menjaga nama baik syarikat dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mencemarkan reputasi organisasi.
  1. Kerahsiaan Maklumat
  • Menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan, syarikat dan rakan sekerja. larangan mendedahkan tanpa kebenaran bertulis.
  • Pematuhan PDPA: prinsip Notis & Pilihan, Tujuan, Keselamatan, Penyimpanan, Integriti Data, Akses; larangan menyimpan data pelanggan pada peranti/perkhidmatan awam/peribadi tanpa kebenaran.
  1. Ketepatan Masa
  • Hadir tepat waktu ke tempat kerja, mesyuarat, latihan dan janji temu dengan pelanggan.
  • Maklumkan kelewatan/ketidakhadiran kepada penyelia seawal mungkin.
  1. Pemakaian & Penampilan
  • Memakai pakaian yang kemas, sopan, dan profesional mengikut garis panduan syarikat.
  • Menjaga kebersihan diri dan penampilan sepanjang waktu bekerja.
  1. Interaksi Profesional
  • Bertutur dengan bahasa yang sopan, tidak kesat atau kasar, sama ada dengan pelanggan, rakan sekerja mahupun pihak luar.
  • Menghormati pandangan orang lain dan mengamalkan sikap bekerjasama.
  1. Larangan Perbuatan Tidak Bermoral
  • Dilarang terlibat dalam:
    • Penipuan atau pemalsuan dokumen.
    • Rasuah atau sebarang bentuk sogokan.
    • Gangguan seksual atau buli di tempat kerja.
    • Penyalahgunaan dadah, arak, atau ketagihan yang memberi kesan kepada prestasi kerja.
  1. Penggunaan Harta Syarikat
  • Menggunakan kemudahan dan aset syarikat (termasuk komputer, kenderaan, telefon, dokumen) hanya untuk tujuan rasmi.
  • Tidak dibenarkan membawa pulang harta syarikat tanpa kebenaran.
  • Larangan memindahkan data syarikat ke e-mel peribadi/Google Drive/WhatsApp/Telegram peribadi tanpa kebenaran
  1. Penggunaan Media Sosial
  • Pekerja tidak dibenarkan membuat kenyataan negatif atau sensitif mengenai syarikat, pelanggan, atau rakan sekerja di mana-mana platform media sosial.
  • Segala promosi berkaitan kerja perlu diluluskan oleh pihak pengurusan (jika perlu).
  • Larangan rakaman/penyiaran kandungan dalaman pejabat tanpa kebenaran
  1. Konflik Kepentingan
  • Larangan aktiviti yang menjejaskan fokus atau integriti tugas; wajib maklumkan potensi konflik.
  • Perniagaan sampingan dibenarkan hanya dengan kelulusan bertulis dan tidak dalam industri bersaing secara langsung.Wajib melaporkan kepada pihak pengurusan sekiranya wujud sebarang potensi konflik kepentingan.
  1. Prestasi Kerja
  • Setiap pekerja bertanggungjawab mengekalkan prestasi kerja yang tinggi, produktif dan berkesan.
  • Teguran dan tindakan boleh dikenakan bagi prestasi yang lemah tanpa justifikasi munasabah.
  1. Anti-Gangguan & Anti-Diskriminasi
  • Larangan gangguan seksual, buli, ugutan, diskriminasi berasaskan jantina, kaum, agama, ketidakupayaan, dll.
  • Saluran aduan rahsia disediakan; siasatan dalaman dijalankan dengan adil.
  1. Anti-Rasuah & Hadiah
  • Pematuhan Akta SPRM (MACC) & Seksyen 17A: larangan sogokan/komisen haram.
  • Had hadiah/hospitaliti: tidak melebihi RM300 tanpa kelulusan bertulis pengurusan; rekodkan semua pemberian/penerimaan.
  1. Prosedur Tatatertib
  • Ketidakpatuhan boleh dikenakan: amaran lisan → amaran bertulis → amaran akhir → penggantungan (jika perlu) → siasatan domestik → pemecatan, bergantung kepada keseriusan dan rekod kesalahan.
  • Salah laku berat (contoh: penipuan, pecah amanah, kekerasan, gangguan seksual, kebocoran data, rasuah) boleh menyebabkan pemecatan serta-merta setelah siasatan munasabah dijalankan.
  1. Penamatan Perkhidmatan

Status Pekerja

Tempoh Notis

Percubaan

1 hari bekerja

Pekerja Tetap

1 bulan

Penamatan Disiplin

Serta-merta

  • Bayaran sebagai ganti notis dibenarkan. Penamatan tanpa notis sah hanya jika terdapat salah laku serius mengikut Seksyen 14 Akta Kerja.
  1. Serah Tugas & Pemulangan Aset
  • Pada/ sebelum tarikh tamat perkhidmatan, pekerja wajib memulangkan semua aset syarikat (dokumen, kunci, kad akses, peralatan, peranti, bahan pemasaran) dan menyerah tugas/akses sistem (CRM/e-mel) kepada pihak yang ditetapkan.
  • Semua salinan data pelanggan dan bahan sulit di peranti peribadi hendaklah dipadamkan dan disahkan secara bertulis.
  1. Keselamatan & Kesihatan
  • Premis bebas rokok dan bebas dadah
  • Segala kecederaan, risiko atau insiden mesti dilapor segera
  • Pekerja wajib mengikuti semua SOP keselamatan dalaman
  1. Aset, Sistem & Maklumat Syarikat
  • Semua dokumen, sistem dan peralatan milik syarikat hanya boleh digunakan untuk tugasan rasmi
  • Kata laluan, fail dan data syarikat adalah sulit
  • Tiada pemindahan maklumat syarikat tanpa kebenaran bertulis
  1. Perjanjian Sulit (Non-Disclosure Agreement – NDA)
  • Semua pekerja adalah tertakluk kepada perjanjian kerahsiaan seperti berikut:

Maklumat sulit termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Maklumat pelanggan, strategi perniagaan, pangkalan data, senarai prospek, dokumen latihan, struktur komisen, strategi pemasaran, SOP dalaman, sistem CRM dan perisian syarikat.

Kerahsiaan ini wajib dikekalkan:

  • Sepanjang tempoh bekerja, dan
  • Selama 3 tahun selepas tarikh penamatan kerja, tanpa mengira sebab penamatan.
  • Sebarang pelanggaran boleh dikenakan remedi undang-undang, termasuk ganti rugi dan injunksi.  
  1. Non-Solicitation (Larangan Mempengaruhi / Menarik Pelanggan & Kakitangan)

Pekerja tidak dibenarkan, dalam tempoh 3 tahun selepas berhenti kerja:

  1. Menghubungi, memujuk atau menawarkan khidmat kepada:
    • Pelanggan sedia ada / berpotensi Hebat Realtors
    • Pemilik hartanah yang pernah dilayan oleh syarikat
    • Perunding hartanah / kakitangan Hebat Realtors
  2. Menjemput mana-mana individu menyertai agensi lain berdasarkan maklumat yang diperoleh semasa bekerja di Hebat Realtors
  3. Menyebarkan maklumat dalaman atau mencemarkan nama baik syarikat

Larangan ini tetap terpakai walaupun pekerja membuka syarikat sendiri atau bekerja di syarikat pesaing.
Sebarang pelanggaran boleh membawa kepada tindakan undang-undang.

  1. Larangan Persaingan Semasa Berkhidmat
  • Larangan persaingan semasa dalam perkhidmatan: pekerja tidak boleh menubuhkan, bekerja atau berkhidmat untuk entiti pesaing tanpa kelulusan bertulis majikan.
  1. Harta Intelek (Intellectual Property)
  • Semua karya/hasil kerja yang dihasilkan semasa tempoh pekerjaan (termasuk templat pemasaran, skrip jualan, reka bentuk grafik, kandungan video, SOP, modul latihan) adalah hak milik eksklusif syarikat (hak cipta dan hak terkait).
  1. Indemniti
  • Pekerja bertanggungjawab terhadap kerugian yang berpunca daripada salah laku, kecuaian serius atau perbuatan melanggar undang-undang yang dilakukan olehnya dalam menjalankan tugas; tanpa menjejaskan hak majikan mendapatkan remedi lain yang dibenarkan undang-undang.
  1. Kawalan Kewangan & Audit Dalaman
  • Semua perbelanjaan rasmi hendaklah diluluskan mengikut Limit of Authority (LOA) syarikat dan disokong bukti.
  • Syarikat berhak menjalankan audit dalaman/luaran; pekerja hendaklah memberi kerjasama penuh.
  1. Polisi Pelaporan Salah Laku (Whistleblowing)
  • Syarikat menggalakkan pelaporan salah laku melalui saluran dalaman/luaran yang selamat. Pelapor dilindungi daripada tindakan balas yang terlarang, selaras dengan undang-undang berkaitan. 
  1. Pemantauan & Privasi Data Pekerja (Notis)
  • Untuk tujuan keselamatan, pematuhan dan kelangsungan operasi, syarikat boleh menjalankan pemantauan yang munasabah ke atas e-mel rasmi, penggunaan peranti syarikat dan log sistem. Pemantauan adalah tertakluk kepada undang-undang dan dilaksanakan secara berkadar.
  1. Pemindaan Polisi
  • Syarikat berhak meminda polisi ini bagi tujuan penambahbaikan/pematuhan undang-undang terkini. Semua pindaan akan dimaklumkan secara rasmi dan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan.
  1. Rujukan Undang-Undang
  • Akta Kerja 1955 & Pindaan 2022 (berkuat kuasa 1 Jan 2023) – termasuk 98 hari cuti bersalin, 7 hari cuti bapa, 45 jam kerja mingguan, hak memohon AKF, larangan diskriminasi & gangguan seksual.
  • Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) – 7 Prinsip Perlindungan Data (General, Notice & Choice, Disclosure, Security, Retention, Data Integrity, Access).
  • Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) – Seksyen 17A liabiliti korporat & ‘adequate procedures’.
  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) – tanggungjawab am majikan & pekerja; komiti keselamatan (jika berkenaan).
  • Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO) & Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (EIS).

 

Disediakan oleh:
Pengurusan Hebat Realtors Sdn. Bhd.
Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2025


Saya yang bertandatangan di bawah ini, dengan ini mengaku bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi segala kandungan Polisi Syarikat Hebat Realtors Sdn. Bhd., termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Polisi Sumber Manusia
  • Polisi Kehadiran dan Waktu Bekerja
  • Polisi Etika dan Tingkah Laku
  • Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Polisi Kerahsiaan Maklumat
  • Dan mana-mana polisi lain yang ditetapkan oleh pihak syarikat dari semasa ke semasa.

Saya faham bahawa sebarang pelanggaran terhadap mana-mana polisi ini boleh mengakibatkan tindakan tatatertib dikenakan oleh pihak syarikat.

Nama:
No. Kad Pengenalan:
Alamat:
Tarikh: 12/02/2026

Leave this empty:

Signature arrow sign here


Signature Certificate
Document name: eSign: Polisi Hebat Realtors 2026
lock iconUnique Document ID: ce2815315639a70c9713c5823777d228a36a5210
Timestamp Audit
31/01/2026 5:17 am +08eSign: Polisi Hebat Realtors 2026 Uploaded by Hebat Realtors - admin@hebatrealtors.com IP 27.125.241.249