ESIGN: PEKELILING RASMI 002/2026


 

Header

PEKELILING RASMI 002/2026

Tarikh: 27 JANUARI 2026


Kepada: Semua Rakan Niaga Hebat Realtors


GARIS PANDUAN KOMUNIKASI DENGAN LEMBAGA PENILAI, PENTAKSIR, EJEN HARTANAH & PENGURUS HARTA TANAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk kelancaran urusan dan menjaga profesionalisme syarikat, dimaklumkan bahawa berkuat kuasa serta-merta, semua perkara berkaitan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta Tanah (LPEPH) hanya melalui Admin sahaja.

Anda tidak dibenarkan menghubungi LPEPH secara terus sama ada melalui WhatsApp, call, SMS, email, DM media sosial, jumpa sendiri atau apa cara, melainkan telah mendapat kebenaran bertulis dari pengurusan Hebat Realtors. Anda juga tidak dibenarkan mengaku atau memperkenalkan diri sebagai Admin, wakil atau serupa.

Peraturan ini diwujudkan untuk elakkan salah faham, menjaga nama baik agensi serta memastikan urusan lebih teratur & profesional. Peraturan ini terpakai kepada semua pihak berkenaan, kecuali PEA, PV, PM, REA, V dan PM.

Sekiranya urusan melalui pihak Admin tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang anda harapkan, anda boleh mengemukakan aduan atau maklum balas secara rasmi melalui pautan berikut:  https://hebatrealtors.com/task. Setiap aduan yang dihantar melalui saluran ini akan dibawa terus ke pihak pengurusan atasan untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih atas kerjasama semua.

#Vision2030
#SelamanyaHebat=HebatSelamanya


Pengurusan
Hebat Realtors Sdn. Bhd.


Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami kandungan pekeliling ini. Saya bersetuju untuk mematuhi dan melaksanakan segala perkara yang dinyatakan selaras dengan tanggungjawab saya sebagai perunding hartanah. Saya juga memahami bahawa tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap pekeliling ini.

Nama:
Mykad:
Handphone:

Leave this empty:

Signature arrow sign here


Signature Certificate
Document name: ESIGN: PEKELILING RASMI 002/2026
lock iconUnique Document ID: 6df01b74fe81295eaa86d82e7141829b60397f61
Timestamp Audit
27/01/2026 8:04 am +08ESIGN: PEKELILING RASMI 002/2026 Uploaded by Hebat Realtors - admin@hebatrealtors.com IP 27.125.241.57