Terma dan Syarat

Dengan mendaftar dan menggunakan Perkhidmatan ini, Pengguna dianggap telah menyetujui syarat dan terma yang wajib dipatuhi oleh semua perunding hartanah, termasuk Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers Act 1981 (Act), Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers Rules (Rules), Malaysian Estate Agency Standards, Board of Valuers (MEAS), Appraiser, Real Estate Agent and Property Manager (Board) serta lain-lain peraturan yang terkait dengan keperluan Board.

Agensi boleh mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa untuk alasan undang-undang atau peraturan, atau untuk memastikan operasi berjalan lancar. Pengguna akan diberitahu tentang sebarang pindaan melalui pengumuman di sini. Sekiranya pengguna terus menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh laman ini di laman web setelah tarikh berlakunya sebarang pindaan, pengguna akan dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat yang telah dipinda. Sekiranya pengguna tidak bersetuju dengan pindaan tersebut, pengguna tidak perlu mengunakan khidmat laman web ini lagi.

Pengguna perlu memastikan sebarang penghantaran tidak boleh mengundang sebarang perbalahan atau dispute diantara agensi-agensi, syarikat dan pengusaha industry hartanah serta industry lainya, dan orang awam. Pengguna bersetuju untuk memberikan ganti rugi sepenuhnya kepada agensi untuk sebarang tuntutan, prosiding, kerugian, kerosakan, perbelanjaan dan / atau kos yang ditanggung oleh agensi akibat salah laku, penggunaan nama, logo dan / atau tanda kedai oleh pengguna. Agensi boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa menolak atau membuang listing, posting, logo atau tanda atau membuang atau menangguhkan aktiviti pengguna.

Agensi boleh setelah menerima laporan atau aduan yang diajukan oleh pemilik hak pihak ketiga dan / atau orang awam membatalkan pendaftaran akaun pengguna.

Compare